Contoh
Karangan :
Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja
Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen
dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan
yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan
wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser
paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan
merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun
2006.
Kempen antimerokok yang sedang
dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik.
Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen
ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk
menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan
keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan
sungguh menakutkan.
Kempen antimerokok ini disebarkan
secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio
kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya
menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat
merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan
sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok
dapat dikurangkan.
Kempen antimerokok yang dilancarkan
oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan
“Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan
mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang
dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap
kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan
mengamalkan gaya hidup sihat.
Kempen antimerokok ini merupakan
antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini
adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya
remaja.
Kesimpulannya, semua pihak berkenaan
perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha
kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat
diharapkan kempen ini akan berjaya.
trimakasi
:)
0 komentar:
Posting Komentar